Saturday 9 August 2014

Apa Itu Toksin?




Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Toksin Meracuni Tubuh Anda?
 Kulit mencerminkan kesihatan dalaman anda. Ia berfungsi sebagai 'kaca televisyen' yang memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.

Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘suara’ memberitahu sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.

Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.

Ramai yang hanya mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli vitamin, set penjagaan kulit dan juga makanan tambahan.

Namun, TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.

Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia lalu menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama utama iaitu hati dan usus.

Rutin pembuangan air besar terganggu:

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal.Terdapat mereka yang hanya membuang air besar seminggu sekali. Ini kerana corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak serta kurang bersenam.

Sedangkan proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Namun jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu pula, akan diserap semula dalam badan.

Tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya akan menghantar ‘tanda’. 
 



Kesan Kemudaratan Toksin Kepada Tubuh

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-

Penyakit Kulit; 
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

Tumor; 
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan. 

Demam; 
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi; 
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.


Apakah Dioksin? Dan mengapa ia merbahaya? 
Bagaimana kita terdedah kepada Dioksin?
Dioksin adalah salah satu bahan kimia yang paling toksik yang diketahui oleh Sains. Dioksin dikenali sebagai satu ancaman kesihatan yang serius dan ia karsinogenik [1]. Dioksin juga sebahagian bahan kimia toksik yang telah digunakan untuk menghasilkan Ajen Oren. Agen Oren telah digunakan pada tahun 1960-an hingga 1970-an oleh Tentera AS untuk membunuh dan mencederakan rakyat Vietnam di kawasan pertanian dan hutan-hutan. Ramai rakyat Vietnam yang terbunuh dan dilahirkan cacat, ia kekal sehingga  bergenerasi walaupun sehingga kini [2]. Anda boleh dapati banyak laman web yang menggambarkan dioksin sebagai salah satu bahan yang paling toksik di dunia. Dioksin adalah kelas bahan kimia yang tercemar, ia terbentuk semasa proses pembakaran seperti pembakaran sisa, kebakaran hutan dan pembakaran sampah belakang rumah, serta semasa beberapa proses industri seperti pelunturan pulpa kertas dan pembuatan herbisid. Pad atau dipanggil tuala wanita serta lampin kain bayi pada mulanya dihasilkan daripada bahan mentah pulpa kayu. Pulpa kayu juga menjalani proses pelunturan seperti kertas kitaran semula untuk dijadikan kertas putih. Walaupun pulpa kayu adalah lebih bersih daripada kertas kitar semula yang digunakan sebagai bahan mentah pad dan lampin pakai buang, malangnya, klorin dioksida digunakan semasa proses pelunturan. Proses-pelunturan klorin mewujudkan hasil sampingan toksik terutamanya Dioksin. Dan Dioksin yang kekal di atas kertas terluntur yang telah digunakan untuk membuat pad pakai buang dan lampin,  termasuklah kertas tisu. Selain itu, warna kertas putih memberi kita tanggapan bahawa ia adalah bersih tetapi sebenarnya tidak dan itulah sebabnya ia boleh menyebabkan kegatalan dan kerengsaan pada kulit. Lebih buruk lagi, menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar, Dioksin adalah karsinogenik, toksik kepada sistem imun dan pembiakan, dan telah terlibat dalam endometriosis dan gangguan hormon jika digunakan berulang kali.

 
"Kajian juga telah menunjukkan bahawa pekerja kimia yang terdedah kepada tahap dioksin mempunyai peningkatan risiko kanser. Kajian lain menunjukkan penduduk yang selalu terdedah menunjukkan bahawa dioksin boleh menyebabkan masalah pembiakan dan perkembangan, dan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Jika kita terdedah pada dioksin pada jangka masa yang panjang walaupun pada tahap yang rendah, kita mungkin berisiko untuk mendapat kanser, mengganggu fungsi imun, dan pembiakan serta perkembangan, lebih banyak kaji selidik yang diperlukan untuk mengesahkannya. Walau bagaimanapun, sanggupkah anda akan merisikokan diri sendiri dan anak-anak walaupun bahan kecil Dioksin yang terkandung dalam pad, tampon dan juga lampin pakai buang untuk tempoh masa yang panjang? Walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun, ia pasti akan memberi kesan negatif ke atas kesihatan anda. Anda boleh melihat sendiri dan mengalami banyak perubahan positif pada diri anda apabila anda tidak lagi menggunakan produk-produk pakai buang di pasaran "- National Institute of Alam Sekitar Sains Kesihatan

Bagaimana Produk pakai buang yang terkandung Dioksin beri kesan dalam kehidupan kita?

Kebanyakan produk pakai buang yang diperbuat daripada pulpa kayu dan kertas kitaran semula mengandungi Dioksin walaupun dalam jumlah yang sikit. Kesan negatif kepada kanak-kanak yang menggunakan lampin tidak begitu teruk kerana purata mereka menggunakan lampin adalah dalam lingkungan maksimum 2 hingga 4 tahun. Kebanyakan bayi mengalami masalah kulit seperti ruam, ekzema, dermatitis, dan kandidiasis kesan dari penggunaan lampin pakai buang ini. Terdapat kes yang lebih teruk, ruam ini boleh bernanah. Jika dibandingkan, wanita menggunakan pad pakai buang seumur hidup mereka selagi masih didatangi haid. Kami menerima banyak respon dari wanita-wanita yang telah berhenti menggunakan pad pakai buang dan tampon, dan ia sangat mengejutkan mereka setelah mendapati bahawa kesan pad dan tampon pada mereka selama ini adalah tidak normal dan merosakkan badan dalam diam. Kebanyakan wanita berhenti mengalami gatal-gatal, senggugut dan juga keputihan yang berlebihan. Mereka berasa lebih sihat dan positif semasa haid setiap bulan sehinggakan ada di antara mereka yang tidak sabar setiap kali menunggu untuk datang haid kerana seronok dengan perubahan ini. Satu lagi kesan positif yang mereka dapati bahawa tempoh haid juga tidak lama serta berlarutan seperti sebelum ini, di mana sesetengah wanita mengalami tempoh haid sehingga 15 hari. Jadi wanita sekalian, berhentilah dari menggunakan pad pakai buang dan tampon. Jangan dedahkan diri anda pada Dioksin. Jangan merisikokan diri sendiri lagi. Ramai wanita masih tidak sedar tentang kewujudan Dioksin pada pad pakai buang dan tampon. Sila sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan tentang bahayanya Dioksin.

[1] Dioksin & furan: Kimia Paling Toksik Dikenali untuk Sains

[2] Agen Oren dan Kanser


Anda tak perlu risau lagi pasal toksin...saya ada penyelesaiannya. Pakai Tuala Wanita Herba menggantikan tuala biasa yang berkualiti rendah, minum Green Fit untuk elak sembelit, i-Food untuk bersih hati dan buang toksin dalam badan...Ingat, mencegah tuu lebih mudah....buat tempahan sekarang...whatsapp: 011-1217 3220/ 012-982 7520

No comments:

Post a Comment